F

My LOVE STORY with SHAKLEE

01:00


Bila sebut pasal cinta..korang mesti dah tersenyum sorang2 kan..hehe
Sama lah dengan saya pun..tapi entry kali ini bukanlah nak cerita tentang kisah cinta saya bersama Encik Somi tersayang..tapi kisah cintaku dengan si 'S'..ehhh siapa lagi kalau bukan SHAKLEE.



PERSEPSIKU

Dahulunya saya memang tak berapa nak percaya dengan supplemen. Segala mak nenek supplemen orang promote saya macam acuh tak acuh je dengar. Emak belikan pon saya makan ikut mood. Tanggapan saya..
"Eh aku sihat je".. 
"Aku steady je..xmain lah supplemen2 ni"..
"Aku kan dah makan macam2 makanan berkhasiat (konon)..takkan lah aku tak cukup zat"
Begitulah tanggapan saya yang macam2 kononnya menidakkan keperluan supplemen.


Tahun 2011..merubah segalanya. Ketika itu anak kedua saya baru 2 bulan setengah.
Saya dimasukkan ke hospital untuk pembedahan membuang hempedu (Kisah batu hempedu ni nanti saya cerita kat entry lain ye). Dua minggu saya diberi cuti sakit, anak saya telah menghabiskan separuh daripada stok yang telah saya simpan. Lagi-lagi ketika saya masih dibawah preskripsi antibiotik, doktor tak benarkan saya direct bfeed apalagi buat stok.
Seriously..saya memang panik sangat ketika itu. Anak saya Arina memang kuat menyusu. Saya begitu risau hinggakan susu saya drop..saya stress memikirkan anak tak cukup bekalan bila saya naik kerja nanti.


BARU NAK KENAL

Saya teringatkan kawan saya Ilah..my ex housemate. Dia memang fully bfeed anaknya dan dia beritahu dia ambil ESP dari Shaklee. Kata dia ESP berkesan sebagai milk booster untuk diri dia dan dia suggest untuk saya cuba.


Walaupun agak ragu-ragu ketika itu, saya cuba gali info tentang ESP dan vitamin-vitamin dari Shaklee. Ketika itu saya hubungi semula rakan lama saya Zura Betty yang saya tahu ketika itu ada menjual Shaklee..macam-macam saya tanya..vitamin mana yang sesuai, bila perlu makan, jadual pump dan mcm2. Banyak info Zura bagi ketika itu..malah kata2 semangat dia seumpama memberi nafas baru untuk saya teruskan perjuangan breastfeed Arina. Dia boleh buat..mak2 lain pun boleh buat...saya pasti saya pun boleh buat!!


Tuntutan kerja saya ketika itu pula memang agak sibuk..duduk di IT division yang kritikal memang mencabar untuk ibu-ibu seperti saya. Stress dan semuanya perlu settlekan adhoc..dalam masa saya mencuri masa untuk mengepam ketika keluar bersolat. Tetapi hati saya rasa lega bila susu yang dipam mencurah2..lima botol penuh sehari cukup untuk bekalan Arina(berkat dari usaha, doa dan consume SET MENYUSU).


Bila malam saya buat power pumping..rasanya hampir sebulan juga saya amalkan sesi power pumping ni.Hasilnya..stok saya semakin bertambah..peti ais penuh sendat dengan stok susu Arina. Seriousss..saya happy sangat2.


Alhamdulillah saya berjaya menyusukan Arina sehingga 2 tahun setengah. Siapa sangka perkenalan saya dengan SHAKLEE membawa seribu makna buat diri saya. Perjalanan ini tidak terhenti begitu sahaja. Anis Safiya..anak saya yang ketiga berusia 5bulan..juga sedang menyusu badan sepenuhnya.
In Sha Allah..moga diizinkan Allah untuk memberi saya kesihatan yang baik dan dapat menyusukan bb Anis sehingga berumur 2 tahun.


Benar kata pepatah.."TAK KENAL MAKA TAK CINTA.."



Ikhlas dariku,
Siti Roziana Alias




1 comment:

Powered by Blogger.