F

Berpantang Bersama Shaklee



"Berpantang nanti korang ambil produk apa ye?"

"Elok ke makan jamu je..boleh tak campur dengan supplemen?"







Soalan-soalan diatas memang lazim buat ibu-ibu mengandung yang dalam dilema untuk memilih produk yang sesuai ketika berpantang..Ya..saya pun seorang daripadanya. Ketika mengandung anak ketiga yang lalu, saya jadi buntu untuk memilih produk apa. Ini kerana anak pertama dan kedua saya menghidap jaundis. Saya pula berpantang dengan Jamu 'M' (anak no 1) dan 'N' (anak no 2). Kasihan set jamu saya jadi gajah putih bila saya terpaksa ketepikan jamu2 itu demi memastikan anak saya bebas kuning...huhuhu. Kesudahannya badan saya jadi agak lemah dan proses penyembuhan agak lambat..seksanya berpantang masa tu..:(


Mengandungkan anak ketiga, akhirnya saya memilih untuk mengambil SET BERPANTANG SHAKLEE yang mana saya dah pun rasa manfaat supplemen ini ketika breastfeed Arina. Saya berpantang di kampung emak dan sudah pastinya Jururawat Masyarakat akan datang memeriksa ibu dan bayi.


Nak tau apa JM kata ketika memantau saya selepas dua minggu?
Katanya luka saya dah cantik..saya nampak bertenaga..muka tak pucat..tekanan darah normal..rahim dah kecut terletak..susu banyak..berat bb pun bertambah dengan cepat.

Saya sendiri pun sudah pasti syukur yang amat. Memang terasa sangat berbeza pantang kali ini. Hingga nak menunggu 44 hari lama benar rasanya..hihi.

Oh ya..keberkesanan set ini bukan saya sahaja yang rasa. Ibu-ibu lain pun berpuashati dan sudi berkongsi testimoni.Antaranya dari sis Shima Samat dan Ct Rosni ni,







Buat yang belum mengenali SET BERPANTANG SHAKLEE, saya kongsikan disini apa vitamin yang terdapat dalam set ini.





Secara asasnya anda akan dapat 4 vitamin ini iaitu,

(1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

(3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

(4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.



Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di sroziana@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-3636441 | add saya di FB Neng Roziana untuk konsultasi percuma.

*Penafian:  Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Ikhlas dariku,
Siti Roziana Alias


1 comment:

  1. Best perkongsian ni, semoga membantu ibu2 diluar sana :)))

    ReplyDelete

Powered by Blogger.