F

Terapi jiwa dengan bercucuk tanam

00:48
Anak pokok markisa purple (benih dari buah markisa yang dibeli di Cold Storage)

Diriku dan pokok sememangnya berpisah tiada

Sebenarnya minat bercucuk tanam ni terbit dari kecil lagi. Mungkin sebab suka tengok mak tanam macam-macam pokok bunga dan sayur di laman..lama-lama saya pun jadi teruja sama.
.
Ingat lagi pokok pertama saya tanam pokok jagung masa darjah 3. Mintak sikit jagung ayam dari kedai Pak Yem pastu saya semaikan di belakang rumah.Jagung tu berbuah...tapi biasalah budak-budak.Tak sabar tengok dia besar saya dah petik dan makan..hihi.
.
Hobi tanam pokok ni sebenarnya pada saya umpama satu terapi yang menenangkan. Kita dapat belajar satu persatu iaitu dari proses semaian, tumbuh pucuk, daun dan dahan,pembajaan hinggalah basmi perosak.
.
Pokok pun kena baja jugak..tanpa nutrien yang secukupnya sebab itulah dia jadi bantut, daun kekuningan,tidak berbuah dan cepat mati.Haaa..samalah macam kita ni kan.mana cukup makan nasik dan minum air je.kena topup juga dengan makanan tambahan atau supplemen.barulah sihat dan ceria selalu kan.
.
Lagi satu bila bercucuk tanam ni kena sabar banyak-banyak sampai lah ia keluarkan hasil dan kena jaga dan tengoknya selalu.So kalau org yg memang jenis tak duduk rumah payah sikit menanam pokok ni..melainkan cari pokok yang tahan lasak dan tak perlu disiram selalu seperti kaktus.
.
Nampaknye tak lama lagi nak kene pruning dan houskeeping balik garden mini ku nih.Semua tengah galak berdaun..berbuah..takut jadi semak lak rumahku.Ni pun encik hubby dah hint-hint dah bila dia pandang laman.hehe.
.
So korang apa hobi korang diwaktu senggang?
Yang belum tau nak mula dengan apa..maybe boleh start dengan pokok berdaun je dulu.Senang nak jaga.Hasil pun cepat.Jimat ler skit duit dapo.
.
Oklah..nak g petik pucuk ubi jap.Nak celur buat ulam makan tengahari.
.
.
#tsunamishaklee
#ejazG3
#liveamazing
#shakleeeffect

No comments:

Powered by Blogger.