F

Elak gigitan bayi semasa menyusu

23:14


Sepanjang perjalanan penyusuan ketiga-tiga puteri ku ini, menyusukan Azwa lah rasa jadi mimpi ngeri sekejap. Bukan sebab masalah takde susu ke apa..sebabnya si kakak dah mula pandai gigit puting mama.


Sakitnya nak oiii. Nak kata dah banyak gigi,,baru je ada seketul dua coz Azwa masa tu baru 5 bulan usianya. Mungkin masa tu Azwa dah start gatal gusi. Mama cek gusi dia memang keras. Dah nampak bayang-bayang gigi dia.Huhu..patutlah!!


Tapi kan kesan nya..cikB saya tu melecet. Bila dah melecet pandai pulak Azwa luahkan balik tak mau nyusu. Tak boleh jadi nih..mama dah berazam nak susukan Azwa selama 2 tahun. (insyaallah).


Sebagai ibu muda, memang lah banyak benda yang saya tak tahu.
So masa tu saya refer kat akak-akak pejabat dan rakan sebaya kalau ada masalah saya uruskan baby.


Antara tips yang saya dapat dari diorang:


Tekapkan muka bayi kearah dada kita

Bila Azwa dah start je nak menggigit, cepat-cepat saya dekatkan muka dia ke arah dalam cikB mama. Buat sekejap je tau,,jangan lama-lama. Sesak napas anak ko nanti tau. Cara macam ni saya buat berulang kali, Agaknya dia dah paham dia terus slow down.


Cari punca kenapa digigit

Sebenarnya kita boleh juga dielak kene gigit. Eh..boleh ke?
Sebab baby kita mungkin tak puas hati coz cikB tak penuh. Dah tu dia masih lapar lagi. Dia geram dia gigit la kita. Sian dia..lapar lagi gamaknya kan. So mommies...cikB tu kalo boleh kasi penuh ya.
Antara yang boleh korang buat untuk lancarkan susu ialah dengan tuam cikB dengan tuala kecil yang dah direndam dengan air suam.


Tengok corak penyusuan anak 

Jika korang tengok corak penyusuan bayi korang mungkin boleh tahu dan agak bila diorang suka menggigit. Macam Azwa dia akan gigit masa dah awal dan akhir menyusu. Kiranya masa tu dia tengah lalai-lalai ayam gitu.Macam nak lepaskan dari mulut..tapi bila tersedar dia masukkan balik puting kita dalam mulut dia. Fuhh macam kena ngap dengan apa je rasanya. Sakit nyer anak oiiii..


Elakkan menjerit

Bila baby kita dok gigit puting tu memang la sakit sampai rasa nak terjerit. Gila kebal kalo tak menjerit. Tapiiii kan kalo korang over jerit dia terperanjat pulak. Sudahnya dia takmo lepas kan pulak. Cubalah korang tahan yer. Kita kan Supermom yang kuat dan gagah..acah-acah Supergirls gitu ek.


Apapun lepas ni mommies, korang kena la alert ya. InshaAllah masalah ni tak lama. Cuma kalau ada yang sampai tahap dah melecet teruk tu korang boleh try sapu cikB dengan Vitamin E. Vitamin E memang elok sangat untuk bantu proses penyembuhan luka.


Cari Vitamin E yang organik ya. Jangan cari yang ada bahan kimia..bahaya pulak kat baby korang nanti.

pssttt: cari saya kalau korang nak Vit E organik tu ya.


Apa pun rintangan dan halangan kita ketika menyusukan anak ni kan, pada saya inilah momen terindah buat kita ketika kita membesarkan mereka.
Semoga mommies semua terus istiqamah dalam your breastfeed journey uolls ya.


~Your Truly~
FB :Neng Roziana
Mak Anak Tiga
ID: 1169505







No comments:

Powered by Blogger.