F

Ada hikmahnya..

23:00


Balik kampung semasa anak-anak cuti sekolah yang lalu sempat la Mak tanya.

''Ngah ko nak kerja lagi ke?''

Terdiam saya seketika, sambil tengah potong sayur saya pandang wajah mak.


"Kenapa mak?Mak nak angah kerja balik ke?"
Tanya ku.

"Tak adalah ngah.Mak rasa tak payah lah ko kerja lagi. Anak-anak ko baru nak membesar.Biarlah ko je jaga elok-elok makan pakai mereka. Mak nampak diorang pun dah jarang sakit.Ko pun jarang sakit."
"Ko teruskan je meniaga Shaklee tu" Sambung mak lagi.
Dalam hatiku tersenyum syukur. Mak paham apa yang angah buat dan lalui sekarang.

Sememangnya dia suka bila dapat lihat cucu dan anak dia dah takde lagi drama keluar masuk wad, tiada lagi dengar tangisan cucunya yang sering ditinggal akibat mama kerja lewat malam dan dia juga tak perlu berulang dari kampung untuk tolong jaga anak-anak bila diorang sakit.

Alhamdulillah sejak saya jadi WAHM dan berniaga Shaklee, saya dapat support Mak Ayah untuk vitamin mereka dan membantu support perubatan mereka.
Mak dan Ayah memang pengguna tegar Shaklee sekarang.Masalah lutut emak pun dah tak sekronik dulu.Ayah juga dah kurang demam dan makin berisi badannya.

Tiada apa yang membanggakan saya melihat keramat hidup saya ini sihat bahagia.Rezeki boleh dicari.Dan kerana mereka lah saya tetap berusaha gigih dalam bidang yang saya ceburi sekarang.
Love u MAK AYAH.

No comments:

Powered by Blogger.