F

Sebuah harapan untuk masa depan

23:00


Tempohari semasa pillow talk dengan husband,kami ada membincangkan tentang masa depan keluarga dan perjalanan tahun 2017 yang telah berlalu.
.

Biasalahkan nak bincang hal serius ni payah kalau bising-bising so masa nak tidur tu lah yang dapat kami gunakan.
.

2017 yang lalu banyak plan yg kami terpaksa hold disebabkan saya mengandung dengan alahan yang teruk.Suami pula tiba-tiba ditimpa musibah dengan ACL nya putus.
Ayah pula terpaksa dipotong kaki akibat komplikasi kencing manis.
.

Allahu.Rasa nak terduduk sekejap ketika itu.
Uruskan suami yang sakit bersama tiga orang anak dan saya pula tengah sarat mengandung.Berpantang juga seorang diri kerana anak-anak sedang bersekolah.
.

Namun 2017 dah pun berlalu.
Kita buka lembaran baru pula untuk 2018.
.

Memikirkan bersama-sama suami apa fokus dan perkara yang kami nak capai pada 5,10 dan 20 tahun lagi.
.

Jika sentuh tentang lifestyle idaman yang sekarang saya bersyukur dengan apa yang Allah dah beri.Hajat saya untuk luangkan masa bersama anak-anak dah tercapai.Walau dulu saya ingat ia bagaikan mustahil.
.

Lima tahun yang akan datang ini saya akan berumur 40tahun.Masa ini azwa dah sekolah menengah.Mungkin juga dia dah pun di sekolah asrama.Arina dan Anis pula di sekolah rendah.
.

Saya berharap ketika ini simpanan saya dah berkepuk-kepuk hasil dari pendapatan sebagai Master Shaklee.Supaya saya mampu sekolahkan anak saya di sekolah yang elok2 dan dalam masa yang sama saya nak bantu sponsor anak-anak yatim untuk persekolahan mereka.
.

Tinggi juga harapan saya agar suami sama-sama dapat bantu saya dalam perniagaan saya ini.Bak kata orang..teamwork tu penting.Lagi elok berpartner dengan suami agar dia dapat jadi penyokong dan pengulas biz kami.
.

InsyaAllah ketika itu saya dapat hantar mak ayah mengerjakan haji. Dan jika dimurahkan rezeki,kami adik beradik dapat pergi bersama.
.

10 tahun lagi, jika mak dan ayah masih ada saya nak bawak mereka duduk bersama kami.Bukan disini tetapi di sebuah rumah baru kami yang lebih selesa dengan suasana yang mendamaikan.
.

Saya pasti dalam tempoh ini kami mampu membeli hartanah dan sebagiannya digunakan untuk tujuan kebajikan dan pertanian.
.

InsyaAllah 20 tahun lagi jika diizinkan Allah untuk hidup lagi kami nak bantu anak-anak bumiputera sukses dalam perniagaan sebagaimana kami lakukan dulu.
.

Hajat saya juga nak wariskan perniagaan ini kepada anak-anak agar mereka dapat teruskan apa yang kami mulakan.
.

Sesungguhnya kita mampu merancang.Allah jua menentukan segalaNya.Moga Allah merestui perjalanan ku dengan rahmatNya.
Aamiin.

#ohsem22
#tsunamishaklee
#tsunamishaklee2018
#TeamEric
#ABFHLegacy

No comments:

Powered by Blogger.